Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkansekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugastertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraftubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atauilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksibio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangikalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yangterlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliranbio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikirdisebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktifdan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan sarafyang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turutsama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektifberbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otaktidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsungmempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkandalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajianyang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melaluiujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidaksedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataanbenda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatudan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbezaotak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depanotak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataanyang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasanlain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan barudiberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasanpertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataanyang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkankecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat barumenemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannyadan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang entengkepentingan berzikir dan mengabaikannya
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment